Masjid An Nur perintis World #QuranHour di Tioman

Iklan
Antara peserta yang mengambil bahagian dalam program itu

TIOMAN - Masjid An Nur Kampung Mukut di sini menjadi perintis bagi program World #QuranHour di Pulau Tioman menerusi Misi Tioman #QuranHour yang berlangsung selama dua hari bermula Jumaat dan kemuncaknya pada Sabtu.

Program anjuran Pertubuhan Rumah Ngaji Pahang (PRNP) dan Rumah Ngaji Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu berjaya menarik lebih 50 peserta untuk turut sama mengimarahkan pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Antara pengisian aktiviti ialah kuliah maghrib disampaikan Pengerusi PRNP, Mohd Abdu Sahak, kuliah Subuh (Setiausaha PRNP, Mohd Rozamli Md Razak) dan kuliah dhuha oleh pensyarah UMP, Profesor Madya Dr Mansor Sulaiman.

Iklan
Iklan

Penyelaras program, Mohd Rozamli Md Razak berkata, program tersebut merupakan satu langkah permulaan pelaksanaan aktiviti sama pada masa akan datang.

"Dengan ketenangan yang ada di Mukut, program seperti penghayatan dan motivasi amat sesuai dijalankan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan
Mohd Rozamli (kiri) menyerahkan al-Quran kepada Pengerusi Masjid An Nur, Abd Wahab Husin (dua dari kanan).

Tambah beliau, Wakaf Quran dan Sudut Quran turut diwujudkan untuk menjadi ikatan antara pihak masjid sebagai interaksi komuniti bersama PRNP.

Ujar Mohd Rozamli lagi, Mukut Tioman menjadi pilihan sebagai iktibar kepada manusia dalam berinteraksi dengan ciptaan Tuhan.

Iklan

"Surah al-Insan sendiri membawa kita mesej jelas tentang hakikat hidup insan, dari mana kita asal usulnya, apa peranan kita, apa yang dicari dan destinasi hidup yang dituju.

"Inilah cetusan yang cuba dibawa oleh Rumah Ngaji Malaysia dalam membawa kempen World #QuranHour tahun ini dengan tema: Memanusiakan Manusia menelusuri surah al-Insan tambahan pula gagasan kerajaan baru sekarang membawa visi Membangun Malaysia Madani yang mengangkat karamah insaniah," jelas beliau.