IWK, PBAPP kaji potensi air sisa kumbahan

Iklan
Narendran (dua dari kiri) mewakili IWK dalam menandatangani MoU bersama PBAPP di Kuala Lumpur.

SHAH ALAM - Syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) bagi mengkaji daya maju pelaksanaan projek kitar semula air kumbahan untuk tiga lokasi strategik di Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam berkata, MoU tersebut akan membawa potensi keseluruhan IWK dalam aspek mengitar semula bio-efluen atau air sisa kumbahan kepada lebih 300 juta liter air sehari (JLH) dengan pelaksanaan Loji Penambakan Air (WRP) di Lembah Klang, Melaka dan Pulau Pinang.

Iklan
Iklan

"IWK memulakan inisiatif penambakan air sebagai sebahagian daripada usahanya untuk meminimumkan kekurangan air di masa depan dan mengurangkan tekanan terhadap sumber air kita.

"Kami teruja dengan perkembangan usaha kitar semula air di Pulau Pinang melalui kerjasama dengan PBAPP ini.

Iklan

"Dengan kerjasama PBAPP dan bersama-sama dengan pengendali air kami yang lain, kami gembira dengan potensi untuk mengitar semula lebih 300 JLH daripada bio-efluen kami untuk tujuan penambakan air tertakluk kepada kajian kemungkinan terperinci,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, ujar Narendran, MoU tersebut turut meneroka daya maju kitar semula air sisa kumbahan yang kini dilepaskan ke saluran air daripada tiga Loji Rawatan Kumbahan (STP) IWK sedia ada di Bayan Baru, Georgetown dan Mak Mandin.

Iklan

Menurutnya, kajian mendalam akan dijalankan oleh kedua-dua syarikat berkenaan untuk meneroka potensi dan pelaksanaan penggunaan bio-efluen untuk penghasilan air tebus guna.

Dalam pada itu, ulasnya, potensi penambakan bio-efluen adalah sangat besar yang mana ia digunakan semula untuk tujuan perindustrian sebagai permulaan mengurangkan jumlah air bersih.

Jelasnya, proses itu digunakan untuk hampir setiap langkah amalan pembuatan dan pengeluaran industri, sama ada ia untuk menghasilkan, memproses, mencuci, mencairkan, menyejukkan dan banyak lagi.

"Kami mahu memaksimumkan pilihan penggunaan semula air untuk memastikan sumber air bersih kami tidak dipengaruhi oleh penggunaan industri,” jelasnya.