Ibrahimovic peledak tertua Serie A

Iklan
Ibrahimovic menjaringkan gol buat Milan pada usia 41 tahun. -Foto AFP.

ZLATAN Ibrahimovic yang mencecah usia 41 tahun muncul pemain paling tua menghasilkan gol dalam sejarah Serie A awal pagi Ahad.

Bagaimanapun jaringannya menerusi sepakan penalti pada penghujung babak pertama tidak mampu mengelak AC Milan daripada tewas 3-1 kepada Udinese.

Iklan
Iklan

Pada aksi itu Udinese terlebih dahulu di depan menerusi Roberto Pereyra pada minit ke sembilan.

Beto kemudian meledak gol kedua sebelum Ehizibue melengkapkan kemenangan Udinese menerusi jaringan ketiga pada minit ke-70.

Iklan

Susulan kekalahan itu meletakkan skuad kendalian Stefano Pioli kekal di tangga keempat, dua mata di belakang jiran mereka, Inter Milan di kedudukan kedua bagi merebut tempat ke Liga Juara-Juara.

"Kami bermain jauh daripada standard kami.

Iklan

"Kami tidak berada dalam kedudukan yang bagus dalam liga dan mara ke kedudukan empat terbaik sangat penting bagi kami," ujar Pioli.

Pada usia 41 tahun 166 hari, Ibrahimovic memadam rekod jaringan bekas pertahanan AC Milan, Alessandro Costacurta.

Dia meledak pada aksi Udinese pada 2007 ketika berusia 41 tahun – sebagai penjaring tertua dalam sejarah liga utama Itali.

Costacurta sebelum ini masuk sebagai pemain gantian dalam tiga aksi musim ini selepas diketepikan sejak Mei tahun lalu selepas menjalani pembedahan anterior cruciate ligament di lutut kirinya.