Ronaldo pencetus kemenangan Al Nassr

Iklan
Ronaldo (dua dari kiri) menyumbat satu gol ketika membantu Al Nassr menewaskan Abha di Riyadh awal pagi Ahad. Foto Twitter Al Nassr.

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo mencetuskan inspirasi buat Al Nassr apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Abha 2-1 dalam saingan Liga Pro Saudi awal pagi Ahad.

Ronaldo meledak gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-78 untuk menyamakan kedudukan dalam aksi yang berlangsung di Marsool Park itu.

Iklan
Iklan

Dalam perlawanan itu, pasukan pelawat terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Abdulfattah Adam pada minit ke-26.

Malang terus menimpa Abha apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Zakaria Al Sudani menerima kad kuning kedua.

Iklan

Peluang tersebut diterjemahkan dengan baik oleh Al Nassr untuk menggandakan asakan.

Talisca muncul wira apabila melengkapkan kebangkitan Al Nassr apabila menyumbat gol kemenangan pada minit ke-86.

Iklan

"Sangat bagus untuk mendapat kemenangan dan sangat gembira untuk menjaringkan gol di stadium kami bersama peminat,” tulis Ronaldo di media sosialnya.

Kemenangan itu merupakan yang kedua Al Nassr ke Abha dalam tempoh empat hari selepas kemenangan dalam Piala Raja-Raja Selasa lalu.

Al Nassr ketika ini berada di tempat kedua dalam Liga Pro, satu mata di belakang Al Ittihad, yang tewas kepada mereka pada 9 Mac.