Yusof Haslam sedih ramai netizen nak boikot filem Syamsul

Iklan
Yusof (kanan) dan Syamsul. - Foto Bernama

KRISIS rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof masih berpanjangan sehingga kini memandangkan pengarah itu enggan melepaskan aktres tersebut yang juga isteri pertamanya.

Sebagai bapa, pengarah Datuk Yusof Haslam mengakui dia berasa sedih apabila ramai netizen ingin memboikot filem arahan Syamsul disebabkan kemelut rumah tangga anak dan menantunya itu.

Iklan
Iklan

"Terus terang saya sebagai bapa sedih apabila ada orang kata nak boikot filem Syamsul, bagi saya tidak adil. Masalah peribadi itu peribadi, kerja itu kerja.

"Saya kalau boleh tak nak orang ramai boikot filem Syamsul kerana beberapa isu. Itu masalah peribadi dia bagi saya. Kalau ada karya yang baik kita sokong tanpa mengira siapa dia," ujarnya.

Iklan

Yusof berkongsi perkara itu ketika ditemui tayangan perdana Astro Original 'Liar' yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada malam Rabu.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan memerintahkan Puteri Sarah dan Syamsul untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Iklan

Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.

Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam dan Summayah. - Awani