Didik masyarakat isu kesihatan mental

Iklan

SHAH ALAM - Masyarakat perlu dididik melalui media massa atau media sosial berhubung masalah kesihatan mental.

Pakar Psikologi dan Kaunseling Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Datin Dr Ruhani Mat Min berkata, ia bagi membentuk kesedaran masyarakat dalam membantu kanak-kanak dan remaja yang mengalami masalah kesihatan mental.

Iklan
Iklan

"Ibu bapa dan masyarakat termasuk badan bukan kerajaan (NGO) serta cendekiawan boleh membantu sama ada melalui media massa atau media sosial dengan menyedarkan kanak-kanak dan remaja bahawa perbuatan bunuh diri misalnya adalah tidak baik,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Tambah Ruhani, kerajaan perlu memainkan peranan dari segi penggunaan media massa terutama televisyen untuk mendidik masyarakat dalam membentuk satu pemikiran sihat.

Iklan

Pakar Psikologi Kaunseling dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Fauziah Mohd Saad pula berpandangan bahawa memupuk daya tahan dengan bantuan dan sokongan daripada masyarakat khususnya ahli keluarga mampu mengurangkan niat untuk mencedera atau membunuh diri.

"Antara faktor kemurungan dan tekanan adalah dari segi ruang rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang sempit, anak-anak tiada privasi dan ibu bapa sibuk bekerja.

Iklan

"Jadi, penyelesaiannya adalah bangunkan daya tahan kanak-kanak. Apabila mereka mempunyai daya tahan yang tinggi, maka niat membunuh diri itu akan berkurangan,” jelasnya.

Tambahnya, inisiatif program berbentuk kesedaran yang menyeronokkan juga mampu membantu.