Lelaki maut langgar kereta berhenti di lorong kecemasan

Iklan
Polis mengawal lalu lintas di lokasi kemalangan berkenaan. - Foto: Polis Daerah Batu Pahat

BATU PAHAT – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 128.4 Lebuhraya Utara Selatan (Pagoh-Yong Peng) dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila lelaki berusia 32 tahun itu terlanggar belakang sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada enjin.

Iklan
Iklan

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nora, Batu Pahat untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya dalam satu kenyataan pada tengah malam Ahad.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Iklan
Iklan

Polis Batu Pahat turut meminta mana-mana saksi awam yang menyaksikan kejadian berkenaan untuk menghubungi pegawai penyiasat Insp. Muhammad Asma’I Md Yusuff di talian 013-6550128 bagi membantu siasatan.