'Ustaz Azhar Idrus sudah dibenarkan pulang'

Iklan
Tangkap layar hantaran di laman Facebook Rogayah pada Ahad memaklumkan Ustaz Azhar sudah dibenarkan pulang setelah menerima rawatan di HSNZ Kuala Terengganu. (Gambar kanan: Laporan Sinar Harian pada Khamis lalu)

KUALA TERENGGANU - Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus dibenarkan pulang selepas dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan sejak Selasa lalu.

Perkembangan itu dikongsikan oleh isterinya, Rogayah Sulong menerusi hantaran di laman Facebooknya pada malam Ahad.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah Ustaz dah 'discharge'. Terima kasih pada pihak hospital HSNZ atas layanan yang baik.

Pendakwah itu sebelum ini dimasukkan ke hospital berkenaan dipercayai menerima rawatan kerana mengalami masalah kesihatan melibatkan paru-paru.

Iklan

Perkembangan mengenai penceramah bebas itu dikongsikan beberapa pemimpin di Terengganu serta turut tular di media sosial.

Exco Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dilaporkan berkata, Ustaz Azhar atau juga dikenali sebagai UAI dimasukkan ke hospital selepas mengadu kurang sihat.

Iklan

Menurutnya, tahap kesihatan penceramah itu bertambah baik selepas menjalani rawatan di hospital berkenaan.