PARIS - Beribu-ribu penunjuk perasaan pada hujung minggu lalu mendesak Perancis menarik diri daripada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan menghentikan penghantaran senjata ke Ukraine serta-merta.
Protes"March for Peace" bermula berhampiran Senat Perancis dan para peserta bertindak mengibarkan sepanduk"Hentikan perang yang dicetuskan oleh Amerika Syarikat dan NATO" dan"Kebebasan, Kebenaran, Penentangan", lapor Xinhua.
Iklan
Iklan
Ramai pengguna Internet Perancis menyiarkan foto dan video perarakan itu di media sosial.
"Beribu-ribu orang meminta (Perancis) berundur daripada NATO, Kesatuan Eropah dan semua organisasi yang merampas kedaulatan negara kita!" kata salah seorang pengguna media sosial.
Menurut laporan yang diterbitkan oleh laman sesawang Solidarity and Progress, ini adalah perarakan kedua yang dianjurkan di Paris pada 2023, menuntut Perancis berundur daripada NATO.
Hampir 1,000 orang menyertai demonstrasi pada 26 Feb., menurut laman sesawang itu. - Bernama