SEOUL - Korea Utara pada Isnin memaklumkan pihaknya menjalankan latihan simulasi serangan balas nuklear taktikal pada hujung minggu, ketika Amerika Syarikat dan Korea Selatan mengadakan latihan ketenteraan tahunan mereka.
Pemimpin Utara, Kim Jong Un"mengetuai" latihan itu, termasuk latihan pelancaran peluru berpandu balistik yang direka untuk mengesahkan operasi peranti kawalan nuklear dan peledak, lapor agensi berita Yonhap, memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).