Pelajar tersepit besi penutup longkang hari pertama sekolah

Iklan
Keadaan pelajar yang terjatuh dan tersepit pada besi penutup longkang selama 20 minit sebelum berjaya diselamatkan pihak bomba. - Foto JBPM
SHAH ALAM - Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Seksyen 7 di sini terpaksa menanggung kesakitan pada hari pertama sesi persekolahan apabila kakinya tersangkut di besi penutup longkang, pagi tadi.



Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.08 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam tiba di sekolah tersebut pada jam 9.17 pagi dan memulakan operasi menyelamat mangsa berumur 16 tahun itu.

"Remaja perempuan itu dipercayai tersepit selama 20 minit di besi penutup longkang berkedalaman satu meter. Bomba telah menggunakan peralatan khas dan berjaya mengeluarkan mangsa dalam tempoh seminit tanpa sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin. - Bernama