Presiden Singapura tiba di Malaysia sempena lawatan negara

Iklan
Halimah (kiri) bersama suami Mohamed Abdullah Alhabsee melintasi kawalan kehormat setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) sejurus tiba di KLIA untuk memulakan lawatan negara ke Malaysia mulai hari ini hingga 22 Mac. - Foto Bernama

SEPANG - Presiden Singapura Halimah Yacob tiba di Malaysia hari ini sempena lawatan negara sulungnya ke negara jiran selama tiga hari sehingga 22 Mac.

Kunjungan beliau itu sebagai lawatan balas selepas menerima undangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengunjungi Singapura pada Oktober 2022.

Iklan
Iklan

Halimah dan delegasi Singapura termasuk Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua Pendidikan dan Luar Negeri, Dr Mohamad Maliki Osman serta Menteri Perdagangan dan Industri, Low Yen Ling tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.20 pagi melalui pesawat komersial.

Ketibaan Halimah dan delegasi disambut menteri pengiring Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dan diberi sambutan kawalan kehormatan setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai Kapten Muhammad Akmal Hakim Sabarudin.

Iklan

Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan itu akan mengukuhkan lagi hubungan baik dan kerjasama pelbagai bidang antara kedua-dua negara.

Singapura merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dan terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN pada 2022 dengan jumlah perdagangan berjumlah RM367.53 bilion (AS$83.53 bilion) dengan peningkatan sebanyak 29.4 peratus berbanding jumlah dagangan pada 2021. - Bernama

Iklan