Bekas pemain bass XPDC meninggal dunia

Iklan
Allahyarham Man Tobey

SHAH ALAM - Bekas pemain bass pertama kumpulan XPDC (Tragedy) serta Meditasi dan Garuda, Man Tobey, 58, menghembuskan nafas terakhir tengah malam tadi.

Allahyarham meninggal dunia pada jam 12.04 tengah malam di Hospital Selayang selepas tiga hari dimasukkan ke hospital.

Iklan
Iklan

Difahamkan, jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Garing, Rawang.

Allahyarham meninggalkan balu, Zamidah Ishak, 62, dan dua anak, Nurul Fatin Athirah, 25, dan Nur Anis Sofea, 23.

Iklan

Man Tobey atau nama sebenarnya Yahya Rashid terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 30 Mei tahun lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang.

Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Bukit Templer-Rawang sekitar jam 10 pagi itu, Man Tobey sedang menunggang motosikal dari arah Selayang untuk pulang ke rumahnya di Rawang.

Iklan

Difahamkan Man Tobey juga menjalani pembedahan kedua iaitu menebuk leher untuk memasang alat pernafasan dan tidak mampu bercakap lagi selepas itu.