PM sedih saksi pantomin tragedi berdarah Lahad Datu

Iklan
Anwar menahan sebak ketika menyaksikan persembahan Pantomim Op Daulat pada Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-216 Tahun 2023 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada Isnin. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tidak dapat menahan linangan air mata ketika menyaksikan persembahan pantomin yang mengimbau kenangan tragedi berdarah pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, 10 tahun lepas.

Anwar dilihat beberapa kali mengelap air mata sepanjang 30 minit pantomin itu yang dipersembahkan di Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-216 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini.

Iklan
Iklan

Pantomin itu dipersembahkan oleh 86 pegawai dan anggota polis dari 69 Komando (VAT 69), Pasukan Gerakan Udara, Pasukan Gerakan Am dan Muzium PDRM.

Waris kepada Allahyarham Zulkifli, dan Sabarudin yang telah terkorban ketika peristiwa berdarah Lahad Datu 2013 melakukan persembahan Pantomim Op Daulat pada Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke- 216 Tahun 2023 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada Isnin. - Foto Bernama-- fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Iklan

Ia dikoreografikan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali.

Beberapa waris keluarga pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam tragedi berkenaan iaitu Asisten Superintendan Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud turut mengambil bahagian dalam persembahan pantomin insiden berdarah itu.

Iklan

Suasana sekitar PULAPOL turut menjadi sebak seketika apabila empat waris insiden itu muncul pada pengakhiran persembahan yang diadakan untuk mengenang jasa pegawai dan anggota polis yang terkorban ketika tragedi itu.

Pantomin itu berkisar kepada peristiwa pertempuran berdarah di Kampung Tanduo yang menjadi detik hitam dalam sejarah Malaysia.

Pada Februari 2013, Malaysia dikejutkan dengan pencerobohan pengganas bersenjata Sulu yang memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu, yang membawa kepada pertempuran pada 1 Mac di Kampung Tanduo mengakibatkan 10 perwira negara terbunuh, selain kematian 68 pengganas Sulu. Konflik itu diisytiharkan tamat pada 10 April 2013.

Sebelum itu, Anwar bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir pada istiadat berkenaan sekitar jam 8.40 pagi.

Istiadat itu juga melakar sejarah dengan keberangkatan buat julung kalinya Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.