Diana Danielle mohon cerai, Farid Kamil enggan lafaz talak

Iklan
Pelakon Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, yang juga pelakon, Farid Kamil. - Foto fail Awani

KUALA LUMPUR - Pelakon Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, yang juga pelakon, Farid Kamil.

Iklan
Iklan

Memetik sebuah portal berita, pelakon cantik berdarah kacukan itu membuat permohonan cerai awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Permohonan cerai tersebut telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini pagi ini.

Iklan

Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut.

Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.

Iklan

Pasangan itu telah berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 7. - Awani