RM50 juta kerugian babitkan jenayah komersial

Iklan
Fisol - Foto Bernama

BUKIT MERTAJAM - Polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang membuka 941 kertas siasatan membabitkan pelbagai kesalahan jenayah komersial melibatkan nilai kerugian RM50juta sejak 1 Januari hingga Ahad.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Fisol Salleh berkata, daripada jumlah itu, kes pecah amanah, pemalsuan dan lain-lain merekodkan 110 kes dengan jumlah kerugian RM26 juta, manakala kes tipu dalam talian pula mencatatkan 831 kes membabitkan jumlah kerugian RM24 juta.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kes penipuan panggilan telefon atau macau scam paling banyak direkodkan iaitu 183 kes membabitkan kerugian RM12 juta, diikuti 83 kes penipuan pelaburan yang mencatatkan kerugian RM5 juta, dan lain-lain kes penipuan dalam talian melibatkan kerugian RM7 juta.

"Kejayaan paling besar JSJN Pulau Pinang ialah melalui Op Pelican dengan penahanan tiga lelaki yang menjalankan kegiatan penipuan dalam talian, dan serbuan ke atas calling centre (pusat operasi) bulan lepas itu, polis merampas pelbagai kad sim, telefon bimbit, kad debit, komputer riba dan buku mengandungi promosi perjudian serta pelbagai dokumen,

Iklan

"Selain itu 398 orang ditahan kerana terlibat dalam kes jenayah komersial di Pulau Pinang sejak awal Januari hingga semalam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Polis ke-216 peringkat Kontijen Pulau Pinang di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini.

Sementara itu, Fisol berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang menahan 2,878 orang termasuk 60 remaja bawah umur berusia 18 tahun ke bawah sepanjang tempoh 1 Jan hingga 28 Feb lepas, kerana terlibat dengan kes berkaitan dadah.

Iklan

Katanya, sepanjang tempoh sama, JSJN Pulau Pinang berjaya membuat pelbagai rampasan dadah bernilai RM2.98 juta dengan nilai sitaan harta RM2.98 juta melalui 40 kertas siasatan yang dibuka.

Beliau berkata, sepanjang tempoh sama, pihak JSJN Pulau Pinang telah berjaya menumpaskan tujuh sindiket pengedaran dadah jenis heroin, ketamin, ganja dan syabu menerusi beberapa siri Op Mutiara.

Terdahulu pada majlis itu, tiga orang awam turut diberikan surat penghargaan Ketua Polis Pulau Pinang kerana berjaya membantu pihak polis menyelesaikan beberapa kes jenayah antaranya curi kabel. - Bermama