Ibu cemas, bayi 5 bulan terkunci setengah jam dalam kereta

Iklan
Bomba menyelamatkan seorang bayi perempuan selepas dikatakan terkunci dalam kereta di Taman Saujana, Sepang pada Isnin. - Foto Bomba Selangor

SEPANG - Seorang wanita berdepan detik cemas selepas bayi perempuannya terkunci dalam kereta di Taman Saujana di sini pada Isnin.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.23 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA dikejarkan ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

"Kejadian melibatkan seorang bayi perempuan berusia lima bulan yang terperangkap dalam kereta jenis Proton Saga yang terkunci secara automatik ketika ibunya keluar dari kenderaan itu.

"Mangsa dipercayai terperangkap kira-kira 30 minit," katanya pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, dalam tempoh lima minit, bomba berjaya membawa keluar bayi terbabit dengan menggunakan peralatan khas.

Katanya, bayi itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum diserah kepada ibunya.

Iklan