GUA MUSANG - Seorang wanita warga Filipina dan seorang lelaki tempatan ditahan kerana memiliki 34 kilogram ketulan ganja mampat bernilai RM85,000 di Kilometer 8, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kedua-dua suspek yang menaiki kenderaan jenis Perodua Axia didapati berada dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan pada 6 petang.
Iklan
Iklan
"Pemeriksaan lanjut menemukan 34 ketulan ganja mampat dalam tiga kotak di tempat duduk belakang kenderaan terbabit yang dianggarkan bernilai kira-kira RM85,000.
Beliau juga berkata, ketulan ganja itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran ke Kuala Lumpur dan Lembah Klang melalui Kelantan.
"Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. - Bernama