'Ramai tak minat naik komuter sebab lambat'

Iklan
Beberapa kelemahan dalam sistem perkhidmatan KTM komuter menjadi faktor orang ramai tidak berminat untuk menggunakan pengangkutan awam berkenaan. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Beberapa kelemahan dalam sistem perkhidmatan KTM komuter menjadi faktor orang ramai tidak berminat untuk menggunakan pengangkutan awam berkenaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perjalanan menggunakan pengangkutan awam itu agak lambat jika dibandingkan dengan sistem perkhidmatan tren ERL yang tambangnya jauh lebih mahal.

Iklan
Iklan

"Komuter ini macam bas berhenti-henti dan setiap stesen kena berhenti.

"Apa yang menjadikan perkhidmatan komuter lambat dari segi kelajuannya, tak boleh terlalu laju disebabkan ada satu projek di mana kita sedang membaik pulih landasan berkembar di Kuala Lumpur,” katanya pada sesi soal jawab bersama penonton ketika Program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian di Kumpulan Karangkraf di sini pada Isnin.

Iklan

Menurutnya lagi, projek berkenaan sudah bermula namun ada bahagian yang masih belum siap lagi terutama melibatkan landasan dari Seremban ke Kuala Lumpur.

Anthony berkata, kesan ketara jumlah penumpang komuter menjunam kerana ramai yang tidak sanggup menunggu lama.

Iklan