JAKARTA - Arena badminton Indonesia dikejutkan dengan berita kematian bintang muda negara itu, Syabda Perkasa Belawa yang meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Pemalang, Jawa Tengah, pada Isnin.
Tragedi yang jam 3.40 pagi meragut nyawa atlet berusia 21 tahun turut juga mengorbankan ibunya, Anik Sulistyowati, 48.
Sementara itu, bapanya, Muanis Hadi Sutamti dan dua kakaknya, Diana Sakti Anistyawati and Tahta Bathari Cahyaloka pula mengalami kecederaan.
Ketika kejadian, lima sekeluarga itu dilaporkan dalam perjalanan ke Sragen bagi menghadiri pengebumian neneknya yang meninggal dunia pada Ahad.
Sementara itu, menurut laporan media tempatan kemalangan berlaku setelah kenderaan lima beranak tersebut merempuh sebuah trak di Plaza Tol Pemalang.
Jenazah Syabda dan ibunya serta neneknya dikebumikan dalam satu liang lahad di Sragen, pada Isnin.
Sebagai rekod, Syabda yang berstatus ranking 135 dunia merupakan antara pemain skuad Indonesia ketika menewaskan Korea Selatan, 3-2 bagi menjuarai Kumpulan A Piala Thomas 2022,
Selain itu, beliau juga turut cemerlang di Lithuanian International 2022 dan Malaysia International Series 2022.
Kecemerlangan itu kemudiannya diteruskan apabila, Syabda cemerlang di Iran International 2023.