Jamal terlepas aksi bersama Jerman

Iklan
Jamal terpaksa disisihkan daripada skuad Jerman akibat kecederaan hamstring. - Foto EPA

MALANG nasib buat penyerang muda, Jamal Musiala apabila terlepas aksi bersama skuad Jerman menjelang perlawanan antarabangsa bulan ini akibat kecederaan hamstring.

Penyerang itu yang telah membuat 20 kemunculan bersama negaranya sejak penampilan sulung pada 2021 dipanggil untuk menyertai aksi persahabatan dengan Peru dan Belgium.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun khidmatnya tidak dapat digunakan oleh jurulatih, Hansi Flick susulan kecederaan yang menimpanya dalam saingan Bundesliga ketika Bayern Munich tewas kepada Bayer Leverkusen 1-2 pada Ahad.

"Malang sekali buat semua orang bahawa dia tidak akan bersama kami," ujar Flick.

Iklan

Flick mengesahkan berita itu menjelang sesi pemilihan pasukan kebangsaan di Frankfurt pada Isnin sambil mengesahkan dia tidak akan memanggil sebarang pengganti.

Justeru, Flick berharap Jamal akan kembali cergas kerana dia memiliki kualiti permainan yang unik.

Iklan

"Harap dia pulih secepat mungkin dan beraksi semula selepas perlawanan antarabangsa," katanya.