SEOUL - Laman sesawang beberapa pertubuhan utama Korea Utara termasuk saluran media negara dan kementerian luar mengalami gangguan pada pagi Selasa atas sebab yang tidak diketahui, lapor Agensi Berita Yonhap.
Setakat 9 pagi, pautan ke nama domain Korea Utara yang berakhir dengan".kp", seperti Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) dan akhbar utama Rodong Sinmun tidak dapat diakses.