Dakwaan batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary tidak benar - PM

Iklan
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak pernah membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary sepanjang kira-kira dua tahun memegang jawatan itu bermula Mei 2018 lalu.

Justeru, jelas Ahli Parlimen Tambun itu lagi, dakwaan yang mengaitkan Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan terlibat dalam pembatalan pengecualian itu juga tidak tepat sama sekali.

Iklan
Iklan

"Kerajaan mengesahkan dari rekod Kementerian Kewangan bahawa Yang Berhormat Bagan (Guan Eng) semasa menjawat menteri kewangan tidak pernah membuat sebarang pembatalan kepada kelulusan pencukaian seperri yang didakwa diberikan Yayasan Albukhary.

"Maka, dakwaan yang dibuat bahawa beliau (Guan Eng) membatalkan pengecualian (cukai) adalah tidak benar.

Iklan

"Ini kerana hakikatnya kelulusan (pengecualian cukai) hanya dibuat pada 25 Februari 2021 iaitu kelulusan pengecualian cukai yangd luar kebiasaannya melibatkan Yayasan Albukhary dan Kumpulan Albukhary,” di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Cha Kee Chin (PH - Rasah) yang memintanya menyatakan sama ada Guan Eng telah membatalkan pengecualian cukai ke atas Yayasan Albukhary ketika masih memegang jawatan menteri kewangan sebelum ini.

Iklan

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Kee Chin mengenai pembatalan sesuatu pengecualian cukai di bawah bidang kuasa menteri kewangan atau atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Anwar menjelaskan ia di bawah kuasa mutlak Ketua Pengarah LHDN.

"Memang kuasa pengecualian (cukai) bukan kuasa menteri (kewangan) atau Perdana Menteri (tetapi) ia kuasa mutlak Ketua Pengarah LHDN,” katanya.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan mendakwa Guan Eng sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap keputusan mengenakan semula cukai ke atas Yayasan Albukhary Ujar Muhyiddin, selepas Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara pada Mei 2018, LHDN enggan melaksanakan pengecualian cukai yang telah diberikan sebelum ini.

Susulan itu, pada 15 Mac lalu, Guan Eng melalui Tetuan Gouk telah menghantar surat tuntutan kepada Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya menarik balik kenyataan dan memohon maaf berhubung tuduhan yang mengaitkan beliau dengan pembatalan cukai kepada yayasan itu.

Surat tuntutan itu turut menyebut, Muhyiddin didakwa mengeluarkan kenyataan mengaitkan Guan Eng sebagai individu yang terlibat membatalkan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary ketika menjadi Menteri Kewangan sebelum ini dalam tiga kenyataan berasingan.

Susulan itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh diberi tempoh tujuh hari bermula Rabu (15 Mac) untuk menarik balik kenyataan serta membuat permohonan maaf secara terbuka, selain tidak mengulangi dakwaan itu.

Sekiranya tuntutan itu gagal dipenuhi dalam tempoh ditetapkan, Tetuan Gouk bagi pihak Guan Eng, akan memfailkan writ saman bagi memulakan prosiding undang-undang terhadap Muhyiddin.