Pengusaha didenda RM40,000, kenderaan asing isi RON95

Iklan
Chib Chan diiringi polis setelah keluar dari mahkamah, pada Selasa.

JOHOR BAHRU - Seorang pengusaha sebuah stesen minyak didenda RM40,000 selepas mengaku bersalah membenarkan pengisian petrol RON95 kepada kenderaan pendaftaran asing di Jalan Tun Abdul Razak, Susur 4, Johor Bahru, empat tahun lalu.

Phan Chib Chan, 59, membuat pengakuan berkenaan setelah pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan hakim, Datuk Che Wan Zaidi Wan Ibrahim.

Iklan
Iklan

Chib Chan membuat pengakuan berkenaan dalam bahasa Mandarin dengan dibantu oleh seorang jurubahasa.

Berdasarkan pertuduhan, Chib Chan didapati gagal mematuhi arahan pengawal yang menyatakan bahawa kenderaan bernombor pendaftaran asing tidak dibenarkan membuat pengisian petrol RON95 pada pukul 10.40 pagi, 13 Mei 2019.

Iklan

Perbuatan berkenaan didapati telah melanggar Peraturan 12A, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu suatu kesalahan di bawah Peraturan 21(1) Peraturan-peraturan sama.

Malah, itu juga merupakan kes pendakwaan pertama di negara ini berhubung kesalahan sedemikian (membenarkan pengisian petrol RON95 kepada kenderaan pendaftaran asing).

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Muhamad Sabiq Muhamad Subri dan Raja Nor Ikhlas Raja Ariff manakala Orang Kena Saman (OKS), diwakili peguam, Lim Chon Sim.

Chib Chan kemudiannya membayar saman berkenaan di kaunter pembayaran mahkamah.