Usahawan selebriti Norjuma diisytihar bankrap

Iklan
Norjuma - Foto Instagram Norjuma Adijuma

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini, mengisytiharkan usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed bankrap selepas gagal melunaskan hutang RM260,400.00 kepada Syarikat Fame Up Entertainment.

Timbalan Pendaftar Siti Zulaikha Nordin menyampaikan keputusan itu, selepas mendengar petisyen pemiutang yang difailkan Syarikat berkenaan melalui peguam Muhammad Hassanuddin Roslan pada Oktober tahun lepas.

Iklan
Iklan

Berdasarkan petisyen kebankrapan pemiutang, Fame Up Entertainment memohon satu perintah kebankrapan terhadap Norjuma selaku penghutang kerana gagal membayar RM260,400 selepas diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Oktober 2021.

"Hari ini merupakan tarikh pendengaran petisyen pemiutang, tetapi Norjuma gagal hadir sebanyak tiga kali, dan Mahkamah memutuskan (Noorjuma) bankrap selepas dia gagal melunaskan bayaran untuk petisyen pemiutang," kata Hassanuddin ketika ditemui di luar mahkamah di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata, waran tangkap yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Kuala Lumpur dan Mahkamah Shah Alam tahun lepas akan diteruskan.

Hassanuddin juga berharap pihak Norjuma akan berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan tidak betul selepas keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.

Iklan

Turut hadir di mahkamah adalah pemilik Fame Up Entertainment, Zuriawati Zaidi, 44.

Pada 2019 dan 2020, Fame Up Entertainment telah memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma berkaitan penyebaran fitnah yang didakwa dilakukan oleh usahawan berkenaan. - Bernama