Pelakon Paul Grant meninggal dunia

Iklan
Paul Grant pernah berlakon sebagai Ewok dalam Return of the Jedi, dan ‘goblin’ dalam filem Harry Potter.

PELAKON Inggeris Paul Grant yang membintangi filem Star Wars dan Harry Potter meninggal dunia di London pada usia 56 tahun.

Grant ditemukan tidak sedarkan diri di luar stesen King's Cross, London pada petang Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

"Saya patah hati.. Dia begitu terkenal dan disayangi (dalam kariernya). Dia pergi terlalu cepat," kata anak perempuannya, Sophie Jayne Grant kepada Sky News.

Jurucakap perkhidmatan ambulans London berkata, mereka menerima panggilan kecemasan pada 2.08 petang Khamis di Stesen St Pancras, Euston Road.

Iklan

Grant disahkan meninggal dunia pada 3.49 pagi Selasa.

Pelakon itu memainkan Ewok dalam Return of the Jedi, dan ‘goblin’ dalam filem Harry Potter and the Philosopher's Stone.

Iklan

Dia juga muncul dalam filem 1986 Labyrinth dan Willow pada 1988. - Bernama.