[VIDEO] KWSP: PM cadang pencarum pilih kaedah pinjaman Islam

Iklan
Laporan Sinar Harian. (Gambar kecil: Anwar)

KUALA LUMPUR - Pencarum yang berhasrat membuat pinjaman bank menggunakan cagaran wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh memilih skim pinjaman Islam dengan kadar faedah yang paling minimum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, skim yang disarankan itu secara tidak langsung dapat mengurangkan beban pencarum berbanding memilih kaedah konvensional.

Iklan
Iklan

"Walau bagaimanapun kita tidak ada halangan kalau ada ahli-ahli sama ada Muslim terutama bukan Islam yang akan memilih meminjam mengikut kaedah konvensional.

"Tetapi KWSP memilih untuk meminta ahli-ahli menggunakan kaedah pinjaman Islam dengan kadar faedah yang paling minimum yang tentunya lebih rendah daripada kadar pinjaman pasaran," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) mengenai justifikasi cadangan kepada pencarum supaya membuat pinjaman bank dengan cagaran wang KWSP dan kadar faedah yang akan dikenakan.

Pada 11 Mac lalu, Sinar Harian melaporkan pakar ekonomi menyarankan kerajaan menggunakan konsep qardhul hasan dalam pelaksanaan cagaran Akaun 2 KWSP untuk pinjaman bank agar pencarum tidak dikenakan caj yang tinggi.

Iklan

Menurut Pensyarah Kanan Perbankan Islam dan Kewangan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim, qardhul hasan bermaksud pencarum KWSP yang meminjam RM10,000 akan dikenakan caj sebanyak satu peratus sahaja daripada jumlah tersebut.