PPPKM Perak hantar bantuan ke Johor

Iklan
Simbolik penyerahan sumbangan disempurnakan Shamsul (tiga dari kanan) sempena pelepasan Misi Bantuan Banjir ke Johor di pekarangan Pejabat Daerah dan Tanah Manjung pada Isnin.

MANJUNG - Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu (PPPKM) Negeri Perak bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengumpul pelbagai keperluan lebih tiga tan untuk diserahkan kepada mangsa banjir di Batu Pahat, Johor.

Iklan
Iklan

Yang Dipertuanya, Asmadi Teh berkata, antara barang-barang yang disumbangkan termasuklah kepeluan dapur, peralatan sekolah, pakaian, tilam, bantal dan sebagainya.

Jelas beliau, sumbangan yang diberikan itu hasil keprihatinan ahli-ahli persatuan, syarikat, NGO dan orang perseorangan sebagai meringankan beban dihadapi mangsa bencana tersebut.

Iklan

"Kita juga turut menghantar seramai 35 sukarelawan bagi membantu membersihkan rumah-rumah yang terjejas akibat banjir di kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita sempena pelepasan Misi Bantuan Banjir ke Johor di pekarangan Pejabat Daerah dan Tanah Manjung pada Isnin.

Sebahagian barang-barang keperluan yang dihantar sempena pelepasan Misi Bantuan Banjir ke Johor di pekarangan Pejabat Daerah dan Tanah Manjung pada Isnin.

Hadir sama pada program tersebut, Pegawai Daerah Manjung, Shamsul Ridzuan Idris; Pengerusi Aura Manjung, Datuk Ireland Abdul Rahman dan pengarah misi, Abdul Rasid Osman.

Iklan

Asmadi berkata, kesemua barangan yang dihantar menggunakan lori ke Batu Pahat, Johor itu bernilai kira-kira RM12,000.

Katanya, dengan pemberian sumbangan tersebut, mangsa bencana dapat menarik nafas lega setelah mengalami kerugian disebabkan kerosakan harta benda akibat banjir.

Beliau berkata, misi tersebut bukanlah kali pertama sebaliknya kali keempat selepas dilaksanakan di Selangor dan Pahang sebelum ini.