KUANTAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nur Hafizan Zailan yang hilang dihanyutkan arus ketika menyeberangi jambatan gantung di Kampung Aur Bukit Ibam, Muadzam Shah, Rompin masih diteruskan.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, operasi itu diadakan bersama agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Tentera Laut Diraja Malaysia serta penduduk setempat.