Pejuang terkilan hasrat tidak disambut PN

Iklan
Majlis Tertinggi PN pada Isnin yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat keputusan menolak permohonan kemasukan Pejuang.

SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) terkilan apabila hasrat mereka untuk tidak memecahkan undi orang Melayu tidak disambut oleh pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, pihaknya dimaklumkan permohonan parti itu untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) ditolak.

Iklan
Iklan

"Amat mendukacitakan apabila iltizam dan matlamat kami tidak disambut oleh pimpinan PN. Pejuang akan sentiasa kekal dalam arena politik negara walaupun permohonan itu ditolak.

"Kami akan bersiap sedia dengan menggerakkan jentera di kawasan-kawasan tertentu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa

Iklan

Media pada Selasa melaporkan permohonan Pejuang untuk menyertai PN ditolak.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berlangsung semalam.

Iklan

Tambah Amiruddin, Pejuang akan tetap mempertahan prinsip kedaulatan undang-undang atau 'rule of law' selain membawa amanat perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air.