Program ziarah gereja: Polis rekod keterangan 5 individu

Iklan
Laporan Sinar Harian. (Gambar kecil: Eng Lai)

KUALA LUMPUR - Polis telah memanggil lima individu untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung program 'Jom Ziarah Gereja'.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kertas siasatan kini di peringkat akhir penelitian sebelum diserahkan kepada pejabat Pendakwa Raya.

Iklan
Iklan

Mengulas mengenai dakwaan Chegubard berkaitan isu kaum terhadap pegawai polis yang mengambil keterangannya dan Hannah, Eng Lai berkata, siasatan polis adalah adil dan saksama tanpa mengira bangsa.

"Mungkin secara kebetulan sahaja, penyiasatan polis adalah adil dan saksama tidak kira bangsa seseorang pegawai penyiasat dan pengadu," katanya.

Iklan

Pada Ahad media melaporkan, polis membuka satu kertas siasatan berhubung penganjuran program 'Jom Ziarah Gereja'.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim dilaporkan berkata, walaupun program itu telah dibatalkan pada Sabtu, namun satu laporan polis telah diterima berhubung kes itu.

Iklan

Pada 14 Mac lalu, Hannah ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat menjelaskan bahawa, program 'Jom Ziarah Gereja' tidak melibatkan individu beragama Islam.