COLOMBO - Presiden Sri Lanka berkata bahawa Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah meluluskan bantuan sebanyak AS$2.9 billion (RM12.9 billion) seperti dimintanya dengan harapan dapat meredakan krisis ekonomi teruk di negara tersebut.
Sementara itu, lembaga IMF telah mengesahkan menandatangani pinjaman itu yang sekali gus melancarkan program empat tahun Sri Lanka untuk memajukan negara itu.
Iklan
Iklan
Tetapi, pengarah urusan IMF, Kristalina Georgieva memberi amaran bahawa Sri Lanka mesti meneruskan pembaharuan cukai dan jaringan keselamatan sosial untuk rakyat termiskin serta mengekang rasuah yang turut dipersalahkan dalam krisis ini.
"Saya merakamkan penghargaan kepada IMF dan rakan kongsi antarabangsa kami atas sokongan mereka demi memulihkan ekonomi ke landasan asal untuk jangka panjang melalui pengurusan fiskal yang berhemat dan agenda reformasi kami," kata Presiden Ranil Wickremesinghe dalam satu kenyataan.
Negara yang mempunyai 22 juta penduduk itu gagal membayar hutang asing pada April 2022 ketika negara itu terjerumus dalam krisis ekonomi teruk sejak merdeka kerana kekurangan rizab mata wang asing.
Susulan itu, rakyat Sri Lanka melakukan bantahan besar-besaran susulan salah urus ekonomi, kekurangan bahan api, ubat-ubatan dan dan inflasi sehingga menyebabkan bekas Presiden Gotabaya Rajapaksa lari meninggalkan negara itu dan meletakkan jawatan pada Julai tahun lalu. - AFP
Artikel Berkaitan