Kenal pasti penderma menerusi Akta Pendanaan Politik

Iklan
Shamsun Baharin (dua dari kiri) selaku panelis Wacana Sinar Harian bertajuk "Dana politik: Derma atau rasuah?” yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Akta Pendanaan Politik bakal berfungsi untuk mengenal pasti penderma yang memberi sumbangan kepada parti politik sekali gus mengelakkan amalan rasuah daripada berlaku.

Presiden Penubuhan Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia (Pakar), Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, ia juga membolehkan semua pihak mengetahui sumber kewangan tersebut sekali gus mewujudkan ketelusan.

Iklan
Iklan

"Keduanya, ia dapat memastikan derma itu masuk ke akaun parti bukannya akaun individu manakala ketiga ia diaudit dan sumbangan tersebut diketahui publik (orang awam).

"Difahamkan di Indonesia dalam masa 30 hari selepas sumbangan diterima mana-mana parti politik maka perkara tersebut perlu diumumkan dan publik boleh akses (mengetahui sumbangan diterima)," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dalam program Wacana Sinar bertajuk Dana Politik: Derma atau Rasuah yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Turut diundang menjadi panelis adalah peguam, Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan Ketua Biro Guaman dan Undang-Undang AMK, Asheeq Ali manakala Ismail Adnan selaku moderator.

Iklan

Dalam pada itu, beliau berkata, akta tersebut juga dapat menjelaskan sama ada sumbangan diterima daripada parti berkaitan merupakan suatu sumbangan atau berkait dengan rasuah.

Jelasnya, ada sesetengah pihak memberi dana kepada parti politik memerintah untuk mendapatkan sesuatu sebagai balasan.

"Kemungkinan sebenarnya (derma) untuk diberi sesuatu projek atau perkhidmatan. Jadi pentingnya akta tersebut bagi mengenal pasti penyumbang selain akaun diaudit dan masyarakat umum boleh akses maklumat (sumbangan diterima parti politik)," jelasnya.