PARA pemain Argentina perlu mengekalkan kualiti permainan sesuai dengan status mereka sebagai juara dunia di Qatar tahun lalu.
Jurulatihnya Lionel Scaloni berkata, tahap daya saing yang tinggi perlu dikekalkan selepas mereka menghadiahkan kejuaraan ketiga buat Argentina menerusi penentuan sepakan penalti menewaskan Perancis pada aksi final.
"Kami adalah juara dunia, namun ia bukan kelebihan buat Argentina. Hanya kerana kami menang kami tidak boleh melakukan apa yang dimahukan.
"Mereka (pemain) harus faham," katanya.
Scaloni berkata demikian kepada skuad yang dipimpin Lionel Messi menjelang aksi persahabatan menentang Panama pada Jumaat.
Jurulatih itu mahu para pemain memahami bahawa mereka mesti kekal kompetitif selepas menang Copa America dan Piala Dunia.
"Jersi Argentina tidak membenarkan anda tidak memberikan yang terbaik. Kami mesti melakukan tugas kami di padang," ujar Scaloni.
Mengulas bayangan kesebelasan utama bagi aksi Jumaat ini, Scaloni memberitahu, pemain yang beraksi dalam Piala Dunia akan memulakan permainan.
"Saya mahu melihat peminat tengok pemain disukai mereka," katanya.