RIYADH - Arab Saudi memutuskan hari pertama bulan Ramadan akan bermula esok (Khamis).
Mahkamah Agung Arab Saudi membuat keputusan bahawa menurut kalendar Islam, bulan Syaaban berakhir hari ini, maka ketibaan bulan Ramadan yang turut menandakan bermulanya ibadah puasa akan bermula pada hari berikutnya.