Pilihan raya parlimen Greece berlangsung Mei

Iklan
Pilihan raya parlimen Greece diadakan setiap empat tahun dan mandat empat tahun kerajaan tamat pada 7 Julai 2023. - Foto AFP

ATHENS - Pilihan raya parlimen Greece akan diadakan pada Mei, kata Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis dalam temu bual dengan Alpha TV pada petang Selasa.

Namun, beliau tidak menyatakan tarikh sebenar.

Iklan
Iklan

Pilihan raya parlimen Greece diadakan setiap empat tahun dan mandat empat tahun kerajaan tamat pada 7 Julai 2023.

Sebelum ini, perdana menteri berkata, kerajaan sedia ada berhasrat untuk terus bekerja sehingga hampir tarikh akhir penggal semasa.

Iklan

"Sejak awal lagi saya menyatakan bahawa pilihan raya akan diadakan pada hujung tempoh empat tahun, tetapi tiada siapa yang percaya.

Ia tidak akan berlaku pada bulan Julai kerana kemungkinan besar undian ulangan diperlukan. Kita tidak akan mengadakan pilihan raya pada bulan Ogos kerana ia waktu peperiksaan," kata Mitsotakis. - Bernama

Iklan