PDRM nafi minta sumbangan taja Hari Polis

Iklan
Hussein

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terdapat permohonan sumbangan kewangan bagi menaja Program Hari Polis Ke-216 pada tahun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah mengesan penyebaran sekeping surat yang ditularkan di aplikasi Telegram mendakwa kononnya terdapat surat permohonan berhubung sumbangan Hari Polis Ke-216.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, surat yang dikongsikan di platform media sosial tersebut mendakwa sumbangan kewangan yang diminta sebanyak RM50,000 telah dimasukkan ke akaun sebuah syarikat.

"Polis Kontinjen Selangor menafikan kewujudan surat bagi tujuan penajaan Hari Polis tersebut yang dikeluarkan oleh mana-mana jabatan dalam Kontinjen Selangor.

Iklan

"Pihak polis ingin menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang perkongsian atau penyebaran sesuatu berita dari sumber yang tidak sahih.

"Mana-mana pihak yang menyebarkan mesej atau berita palsu boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan