LONDON - Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.
Sejumlah 140,000 penjawat awam Belanda hanya boleh menggunakan 'aplikasi yang diluluskan,' bermakna 'aplikasi sensitif pengintipan' tidak lagi dibenarkan, lapor Agensi Anadolu memetik NL Times.