Warga emas mengesot hanya mampu menumpang kasih

Iklan
Yusof membantu membetulkan tudung Minah.

TANAH MERAH - Kudrat yang semakin lemah pada usia 84 tahun memaksa seorang warga emas di Kampung Air Cina, Batu 10, Batang Merbau, di sini, meneruskan kehidupannya dalam keadaan mengesot sejak tiga tahun lalu.

Minah Mat Diah menjalani kehidupannya di sebuah bangsal kecil bersaiz 3x3 meter yang dibina oleh anak saudaranya, Yusof Che Leh, 62, selepas kematian suami pada tahun 2017.

Iklan
Iklan

Yusof berkata, beliau memindahkan Minah yang juga kakak kepada arwah ibunya itu untuk tinggal berdekatan rumahnya bagi memudahkan urusan penjagaan makan dan minum warga emas tersebut.

Yusof

"Dia tidak mempunyai anak dan sayalah yang bertanggungjawab untuk menjaga keperluannya selain menjadi tempat dia menumpang kasih.

Iklan

"Dia akan mengesot jika mahu ke tandas. Sewaktu sakit atau demam, saya perlu memapahnya untuk dibawa ke hospital kerana tidak mempunyai kerusi roda,” katanya ketika ditemui di sini pada Rabu.

Menurut bapa kepada tiga anak itu, Minah menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 sebulan yang digunakan untuk membeli makanan dan keperluannya.

Iklan

Yusof turut dibantu isterinya, Zaiton Yakob, 59, untuk menjaga Minah.

Dalam masa sama, Yusof yang turut dibantu isterinya, Zaiton Yakob, 59, untuk menjaga Minah memberitahu bahawa ibu saudaranya itu turut memerlukan kerusi roda.

Bangsal kecil yang dibina Yusof untuk Minah.

"Ibu saudara saya sangat memerlukan sumbangan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan dan kami pula tidak mampu untuk membelinya.

"Dia juga memerlukan perhatian 24 jam dan pernah dijumpai duduk di atas jalan di hadapan rumah selepas mengesot sejauh 50 meter dari bangsalnya,” ujar Yusof yang bekerja sebagai penjaga ladang kelapa sawit dengan pendapatan RM1,000 sebulan, selain turut mengalami penyakit lelah.

Bagi yang ingin membantu boleh salurkan akaun Yusof Che Leh CIMB Bank 7621037391 atau hubunginya di talian 017-9480947.