Siti Nuramira masuk wad, perbicaraan ditangguh lagi

Iklan
Siti Nuramira

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes Siti Nuramira Abdullah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas tuduhan menyebabkan rasa tidak harmoni dalam kalangan orang Islam ketika membuat persembahan tahun lalu ditangguhkan ke 17 April ini, selepas wanita itu dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan.

Semasa prosiding di hadapan Hakim, Nor Hasniah Ab Razak, peguam R Sivaraj yang mewakili Siti Nuramira berkata, anak guamnya dimasukkan ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada malam Selasa.

Iklan
Iklan

"Saya mendapat maklumat daripada penjamin, selain salinan digital MC, ada resit bayaran rawatan di PPUM,” katanya.

Mahkamah menetapkan prosiding pada Rabu untuk menyambung perbicaraan kes dengan saksi pertama pendakwaan memberi keterangan dalam sesi pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan.

Iklan

Dalam prosiding pada Selasa, Sivaraj memberitahu mahkamah, anak guamnya diberikan cuti sakit selepas didiagnos mengalami viral gastroenteritis akibat demam, muntah dan kekejangan perut.

Katanya, salinan digital sijil cuti sakit daripada Siti Nuramira telah melalui aplikasi ‘WhatsApp’ dan penjamin wanita itu sudah diminta hadir ke mahkamah membawa surat berkenaan serta menjelaskan isu ketidakhadirannya.

Iklan

Pada 13 Julai tahun lalu, Siti Nuramira, 27, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu, yang didakwa dilakukan di Restoran Crack House Comedy Club, 24 Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Brickfields, jam 6 petang, pada 4 Jun 2022.