Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 1,086 orang

Iklan

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 1,086 orang setakat 8 malam ini, berbanding 1,813 orang yang direkodkan pada 4 petang tadi susulan penutupan tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan, antara PPS yang ditutup ialah Sekolah Agama (SA) Seri Binjai, SA Seri Medan, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Manggis dan SK Sri Bandan.

Iklan
Iklan

Menurut JPBN, dengan penutupan PPS tersebut kini hanya tinggal 10 PPS yang menempatkan 299 keluarga masih beroperasi.

JPBN turut memaklumkan malam ini bahawa tiada sungai yang direkodkan berada pada paras bahaya.

Iklan

Cuaca di tujuh daerah pada malam ini dilaporkan cerah kecuali Muar, Kluang dan Batu Pahat yang dijangka mendung. - Bernama

Iklan