Agong nasihat umat Islam elak bazir makanan di bulan Ramadan

Iklan
Hantaran di laman Facebook Istana Negara hari ini.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar tidak mensia-siakan pahala puasa di bulan Ramadan dengan melakukan pembaziran makanan.

Seri Paduka Baginda bertitah, ini memandangkan sisa makanan daripada berbuka puasa menjadi penyumbang terbesar kepada tahap pembaziran makanan di bulan Ramadan.

Iklan
Iklan

"Perkara ini bertentangan dengan hakikat Ramadan yang seharusnya menjadi bulan mendidik umat Islam supaya bersederhana dan tidak membazir,” menurut hantaran di laman Facebook Istana Negara hari ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam ini mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok, 23 Mac.

Iklan

Bersempena ketibaan Ramadan, Seri Paduka Baginda turut menyeru seluruh umat Islam mengaut keberkatan di bulan yang mulia ini dengan meneguhkan lagi ketakwaan dalam diri dan menggandakan ibadah serta amalan.

Al-Sultan Abdullah juga bertitah, dalam bulan yang mulia ini ibadah sunat dan amalan kebajikan harus ditingkatkan, manakala ukhuwah sesama insan perlu diperkukuh di samping meninggalkan segala perbuatan yang sia-sia dan merugikan.

Iklan

Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan harapan semoga kehadiran bulan yang mulia ini turut disambut dengan rasa insaf dan syukur atas ujian, rahmat serta nikmat yang dikurniakan Allah.

Seri Paduka Baginda berdua turut mengajak seluruh umat Islam mengambil keberkatan Ramadan untuk bersama mendoakan Malaysia terus dirahmati dan diberkati serta dilindungi daripada sebarang bentuk ancaman serta musibah.

"Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan dengan sempurna supaya dapat digolongkan bersama orang-orang yang bertakwa di sisi Allah SWT,” menurut hantaran itu. - Bernama