KUALA LUMPUR - Kariah Masjid Ibnu Sina di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, tidak sempat menunaikan solat sunat tarawih pertama malam ini, apabila hampir 90 peratus ruangan masjid itu musnah dalam kebakaran kira-kira jam 7 malam Rabu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.10 petang, sebelum tiba di tempat kejadian pada jam 7.17 malam.