Umat Islam di India, Bangladesh dan Sri Lanka mula berpuasa Jumaat

Iklan
Umat Islam di India kecuali di negeri Kerala akan mula berpuasa pada Jumaat. - Foto AFP

NEW DELHI - Umat Islam di India kecuali di negeri Kerala akan mula berpuasa pada Jumaat (24 Mac).

Tarikh permulaan puasa itu ditetapkan pada Jumaat memandangkan anak bulan Ramadan tidak kelihatan pada Rabu kecuali di negeri yang terletak di bahagian selatan.

Iklan
Iklan

Bangladesh dan Sri Lanka juga akan mula berpuasa pada Jumaat.

Sementara itu, Jawatankuasa Ruet-e-Hilal Pakistan (jawatankuasa melihat anak bulan) mengisytiharkan Khamis sebagai tarikh permulaan puasa di negara ini.

Iklan

Maldives turut mula berpuasa pada Khamis. - Bernama.

Iklan