Ira Kazar bakal fail saman terhadap Jawi

Iklan
Syamsul Yusof, Ira Kazar.

SHAH ALAM - Ira Kazar atau nama sebenar, Faghirah Fatini Kazaruddin bakal mengambil tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berikutan pendedahan pihak tersebut terhadap tuduhan persetubuhan luar nikah sebelum berkahwin kepada umum.

Menurut peguam, Ammar Ghalip yang mewakili Ira, pihaknya bakal memfailkan saman terhadap Jawi kerana pendedahan yang dibuat oleh pihak tersebut kepada masyarakat.

Iklan
Iklan

"Berkenaan dengan kenyataan Puteri Sarah mengenai siasatan-siasatan daripada Jawi itu, ia masih belum selesai dan dalam siasatan lagi.

Pada Rabu media melaporkan Syamsul Yusof, menafikan dakwaan isteri pertamanya, Puteri Sarah bahawa dia melakukan persetubuhan luar nikah sebelum berkahwin dengan isteri, Ira Kazar.

Iklan

Menurutnya, dia tidak pernah melakukan persetubuhan luar nikah seperti yang didakwa dan turut mempersoalkan ketelusan Jawi.

Dalam pada itu, Ira berkata, akan menyaman pihak Jawi pada minggu hadapan berikutan pendedahan kesnya kepada umum.

Iklan