Kemudahan PPS ditambah baik untuk solat fardu, terawih

Iklan
Mohd Fared (kanan) melihat proses cerapan anak bulan Ramadan di Pontian pada petang Rabu.

PONTIAN - Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi di daerah Batu Pahat akan ditambah baik termasuk kemudahan khemah khas sementara bagi tujuan solat fardu dan terawih.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pejabat kadi daerah pula akan menyediakan imam serta bilal untuk memimpin solat fardu dan terawih.

Iklan
Iklan

"Usaha-usaha ini akan memberikan keselesaan kepada penghuni di PPS memang ditekankan oleh kerajaan negeri dan tidak boleh dilengahkan tentang keperluan mereka terutama bagi solat terawih pada bulan Ramadan ini.

"Saya difahamkan juga kerajaan negeri akan menyediakan juadah berbuka dan bersahur bagi memberikan sedikit kegembiraan kepada mangsa-mangsa yang tidak dapat pulang ke rumah lagi,” ujarnya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan di Pontian pada petang Rabu.

Hadir sama Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad ; Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor ( JAINJ), Jamaludin A Hamid ; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor ( MAINJ), Ismail Abu dan Pegawai Daerah Pontian, Zainal Eran.

Iklan

Menurut Mohd Fared, keadaan cuaca bertambah baik di Batu Pahat, namun disebabkan ‘banjir termenung’ mangsa banjir belum dibenarkan pulang.

Dijangka kira-kira 10 PPS akan terlibat dalam menjalankan ibadah solat terawih di pusat tersebut, berikutan paras air banjir yang lambat surut itu.

Dalam pada itu, Mohd Fared berkata, kajian sedang dilakukan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri bagi membina sebuah balai cerap.

Katanya, balai cerap diperlukan di negeri ini bagi melihat anak bulan Ramadan Syawal, selain berperanan sebagai bahan rujukan pelajar bagi mengkaji astronomi serta pusat sains cakerawala.

"Kita sedang mengenal pasti lokasi, namun sebagaimana cadangan awal sebelum ini, daerah Pontian adalah salah satu lokasi bagi pembinaan balai cerap di Johor.

"Cadangan tersebut sedang di peringkat pelaksanaan awal perbincangan dengan jangkaan selesai sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun," katanya.