35 anak yatim dapat baju raya awal

Iklan
Salbiah (empat dari kanan) bersama-sama anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Aitam Temoh ketika Pra-Program Sentuhan Mesra Gerakan Koperasi dan Tautan Kasih Ramadan di sebuah gedung tekstil terkemuka di sini pada Khamis.

IPOH - Biar pun hari pertama Ramadan, ia tidak menghalang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Perak meraikan anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Aitam Temoh dengan memilih baju raya untuk mereka.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Salbiah Mohamed berkata, sumbangan tersebut melibatkan seramai 35 orang anak yatim dari pertubuhan berkenaan bagi memberikan keceriaan kepada mereka sempena menyambut Syawal nanti.

Iklan
Iklan

Menurutnya, program tersebut merupakan aktiviti tahunan SKM Perak dan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) terhadap masyarakat.

"Ini juga menggambarkan bagaimana SKM mengambil bahagian dalam konteks mensejahterakan rakyat. Mereka cuba memastikan anak-anak ni disempurnakan dari segi kelengkapan pakaian, keperluan-keperluan untuk menyambut Syawal nanti.

Iklan

"Ada berapa keperluan lain yang akan disalurkan termasuk dari pejabat saya kepada rumah anak yatim tersebut. Ini juga sebenarnya antara pengisian pengisian program di bawah portfolio saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Pra-Program Sentuhan Mesra Gerakan Koperasi dan Tautan Kasih Ramadan di sebuah gedung tekstil terkemuka di sini pada Khamis.

Sementara itu, Salbiah berkata, kemuncak program akan berlangsung pada 28 Mac depan melibatkan kehadiran Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, K Saraswathy di premis Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Aitam Temoh, Tapah.

Iklan

Objektif program tersebut sebagai mengiktiraf solidariti koperasi sebagai ejen penyatuan sosial dan masyarakat selain menguar-uarkan peranan SKM dalam membangun serta mengawal selia koperasi.

Selain itu juga, ia merupakan komitmen SKM bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat serta menyahut seruan kerajaan untuk sentiasa prihatin melalui CSR yang dilaksanakan.