FreeYond kini di pasaran Malaysia

Iklan
Fahmi (dua dari kiri) melihat produk FreeYond, telefon bimbit pada majlis pelancaran jenama itu di Malaysia, baru-baru ini.

SYARIKAT teknologi konsumer dari Shenzhen, FreeYond meluaskan produknya di Malaysia dan menyasarkan untuk menjadi pemain utama melalui segmen elektronik konsumer di Asia Tenggara.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FreeYond, Dr Lei Yu berkata, FreeYond memperluaskan jangkauannya ke pasaran baharu dan memperkenalkan produknya dengan teknologi canggih kepada pengguna di Malaysia.

Iklan
Iklan

"FreeYond memberikan tumpuan kepada inovasi, kualiti dan kepuasan pengguna dan berhasrat untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju di rantau ini menerusi produk-produk yang berbaloi dan menawan.

"Kami gembira melancarkan jenama dan produk kami di Malaysia. Kami mahu membekalkan produk yang inovatif dan mesra pengguna kepada orang ramai di serata dunia dan kami teruja untuk berbuat demikian di Malaysia.

Iklan

Pada Selasa, FreeYond telah melancarkan jenama produknya dalam satu majlis di Kuala Lumpur. Hadir dan merasmikan program itu ialah Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, Fahmi Fadzil.

Fahmi (kiri), Chai (dua dari kiri) bersama tetamu kenamaan yang hadir merasmikan FreeYond di Malaysia dalam sau majlis yang diadakan baru-baru ini.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia Fahmi Fadzil berkata, ia menandakan satu kejayaan baharu bagi landskap digital Malaysia dengan pelancaran produk mampu milik FreeYond yang memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia.

Iklan

"Pelancaran jenama FreeYond adalah satu langkah yang betul dan saya ingin melihat kesan positifnya terhadap ekonomi dan masyarakat kita secara keseluruhan," katanya.

Perkembangan FreeYond ke rantau Asia Tenggara menyusuli penerimaan pusingan pelaburan 'angel' yang telah meraih sekitar Cina Yuan (CNY) 100 juta iaitu RM64,624,380 pada Januari lalu.

Pelaburan tersebut dibuat oleh konsortium Malaysia yang diterajui oleh seorang pelabur yang ternama dari Malaysia, Pengarah FreeYond yang juga Pengerusi Eksekutif Great Work Corporation Limited, Datuk Eddie Chai.

FreeYond berhasrat untuk memanfaatkan pengaruh Eddie dalam usaha meluaskan perniagaannya di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Singapura.

FreeYond juga melancarkan dua telefon pintar baharu iaitu M5 dan F9, dua jam tangan pintar Watch S1 dan F1 an satu set kepala True Wireless Stereo (TWS) – Pods 1.

FreeYond juga telah mengumumkan tiga telefon pintar yang akan memasuki pasaran tidak lama lagi iaitu M5 5G, M5A, dan F9S.

Produk FreeYond kini ada di Malaysia melalui outlet peruncit yang terpilih. Ia juga boleh didapati di kedai e-dagang rasmi Shopee dan Lazada FreeYond bermula 26 Mac 2023.