PM ucap tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Ibrahim

Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda pada Khamis. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda pada Khamis.

Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri mendoakan agar Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

Iklan
Iklan

"Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat Johor Darul Ta’zim dengan adil dan saksama. Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan tidak berbelah bahagi,” katanya.

Anwar kini berada di Arab Saudi untuk lawatan rasmi tiga hari bermula Rabu. - Bernama

Iklan

Iklan