Syarikat konsesi pastikan sistem pembayaran terbuka tol lancar

Iklan
- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - IJM Corporation Bhd, pengendali Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE), menyokong penuh insiatif kerajaan memberikan pengguna lebuh raya lebih banyak pilihan sistem bayaran termasuk melalui kad debit dan kredit.

Ketua Pegawai Operasi Pengurusan Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff berkata, syarikat konsesi memuji inisiatif kerajaan dan komited sepenuhnya dalam memastikan kelancaran pelaksanaan sistem pembayaran terbuka untuk tol di lebuh raya.

Iklan
Iklan

"Melalui inisiatif ini, pengguna lebuh raya boleh menggunakan kad debit atau kredit, antara lain, sebagai kaedah pembayaran tol,” katanya, dalam kenyataan, di sini pada Khamis.

Menurut Wan Salwani, syarikat konsesi telah mengadakan pelbagai perbincangan dengan Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia serta pihak lain yang berkaitan sejak awal tahun ini mengenai perancangan sistem pembayaran terbuka.

Iklan

"Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Alexander Nanta Linggi) ada menyebut bahawa menjelang September ini, sistem pembayaran terbuka akan disediakan kepada orang ramai dan oleh itu kami berusaha untuk memenuhi garis masa tersebut,” katanya.

Selain lebuh raya BESRAYA dan NPE, sistem pembayaran terbuka tersebut turut mellibatkan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur dan Lebuh Raya Koridor Guthrie serta Jambatan Pulau Pinang. - Bernama

Iklan